Ada ‘kartel’ sengaja cetus isu sensitiviti agama, kaum: Ketua Pemuda PAS

Ia harus dihapuskan kerana soal agama dan akidah bukan barang dagangan untuk ‘menguji pasaran’ kerana orang Islam sanggup mati mempertahankannya

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS mendakwa seolah-olah terdapat ‘kartel’ yang sengaja mencetuskan isu sensitiviti agama dan perkauman di negara ini.

Bercakap kepada Scoop, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, soal agama, akidah bukan barang dagangan untuk ‘menguji pasaran’ kerana orang Islam sanggup mati untuk mempertahankannya.

“Saya dah sebut dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, kena ada undang-undang yang lebih keras kepada mereka yang didapati menghina Islam. Barangkali undang-undang sedia ada hari ini tidak menggerunkan mereka.

“Seolah-olah (juga) ada ‘kumpulan kartel’ tertentu yang sengaja mencetuskan isu sensitiviti agama dan perkauman di Malaysia ini. Kartel tersebut perlu dihapuskan.

“Ini bukan isu nak ‘test market’ nak tengok apa reaksi orang Islam di Malaysia.

“Soal agama, soal akidah, bukan barang dagangan untuk ‘test market’. Orang Islam sanggup mati kerana pertahan agama, pertahan akidah. Jangan cabar kami sampai ke tahap itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas satu lagi tindakan menghina Islam, apabila sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat didapati menjual alas kaki tertera gambar Kaabah.

Ahli Parlimen Alor Setar itu mengingatkan pihak penghina dan pembenci Islam bahawa ramai lagi umat Islam yang akan bersatu menentang tindakan melampau itu.

“Wahai penghina dan pembenci Islam, walaupun kamu boleh cucuk hidung dan bagi makan kepada seekor dua pencacai dalam kalangan kami untuk ikut cakap kamu, ikut arahan kamu, ikut laras bahasa kamu.

“Kamu kena ingat, akan ada ramai lagi umat Islam yang akan bersama kami bersatu padu menentang dan melawan kamu.

“Kami tak cari musuh. Tapi kalau musuh cari kami, kami tunggu dan lawan sampai mati syahid,” katanya.

Hari ini, media melaporkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak berdiam diri dengan isu penjualan alas kaki memaparkan gambar Kaabah di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat, seperti tular di media sosial sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan sudah diambil pihak JAINJ sejurus selepas menerima aduan awam, termasuk merampas 11 alas kaki itu pada Selasa lalu.

Susulan itu Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam untuk bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi politik ketika agama Islam terus dijadikan bahan penghinaan.

“Ketika agamamu dihina sebegini rupa masih juga kita tidak sedar, lebih baik mati sahaja,” katanya. – 13 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related