Kami bahas dengan fakta, tidak akan panggil Akmal bodoh: Adun DAP

Beliau tidak pasti sekiranya ada kaji selidik berkenaan dengan prestasi Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan

6:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan dilemparkan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh seolah-olah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming gagal melaksanakan tugas itu dengan baik dan punca ekonomi merosot, dianggap tidak tepat serta ‘serangan tanpa asas’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Jenny Choy Tsi Jen berkata, faktanya adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Kor Ming mendapat Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) 2022-2023 Kategori Platinum.

Katanya, Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP, menduduki tempat ke-4 bagi kaji selidik ‘menteri yang rakyat paling puas hati dalam 100 hari pertama’, dengan ia bukan dilakukan parti itu, sebaliknya dijalankan Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban.

“Yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan. Akmal Saleh adalah seorang yang patut dilakar sempadan. KPKT boleh jadi teladan untuk Malaysia, untuk negara tercinta.

“Perbezaan pendapat dalam politik itu amat biasa. Segala ketidakseirasan pendapat boleh dibahas dengan fakta.

“Namun, jika fakta itu tidak mampu disangkal, maka dia (Akmal) gunalah serangan tanpa asas. Itu taktik Akmal Saleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tsi Jen yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Perak berkata, beliau tidak pasti sekiranya ada kaji selidik berkenaan dengan prestasi Dr Akmal sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan terbaik di seluruh negara yang akan diduduki pemimpin muda itu.

“Namun, mana-mana dia duduk pun, kami profesional. Kami bahas dengan prestasi, kami sangkal dengan fakta. Kami tidak akan panggil Akmal Saleh bodoh.

“Yang jahat jadikan sempadan. Akmal Saleh contoh yang terbaik,” katanya.

Semalam, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau menyelar Kor Ming susulan kenyataan pemimpin itu bahawa kempen boikot menjejaskan ekonomi negara.

Dr Akmal turut melabel menteri dari DAP itu dengan panggilan ‘bodoh’ kerana kenyataan berkenaan.

Beliau turut menafikan kempen boikot dicadangkannya ketika ini supaya orang ramai memboikot kedai serbaneka KK Mart susulan isu stoking tertera kalimah Allah, menjadi punca ekonomi negara semakin teruk.

Dr Akmal (gambar) menyelar Nga Kor Ming susulan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu bahawa kempen boikot menjejaskan ekonomi negara. – Azim Rahman/Scoop, 13 April, 2024

“Jadi kamu nak beritahu kempen boikot ni yang jadi punca ekonomi negara teruk ke?

“Dulu zaman (Perdana Menteri) Najib Razak kita buat je kempen boikot, tetapi ekonomi tetap naik dengan baik.

“Kepada YB menteri Nga Kor Ming yang kurang bijaksana, ekonomi negara jadi teruk sebab ada menteri yang mcm kamu Bodoh!,” katanya.

Terdahulu, Kor Ming memuatnaik hantaran di platform X mengatakan bahawa pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Malah, Kor Ming mengingatkan masyarakat tidak masuk ke perangkap penghasut, dengan menegaskan Malaysia memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara. – 13 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related