Aliran trafik tinggi, perantau mula kembali ke ibu kota

Beberapa laluan Smart Lane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik dan perjalanan pengguna lebuh raya terus lancar susulan cuti Aidilfitri kian hampir ke penghujung

2:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 1 tengah hari ini berikutan pertambahan kenderaan perantau yang mula kembali ke ibu kota pada hari keempat Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.

Beliau berkata di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) laluan Selatan (E2), aliran trafik perlahan ke arah Utara dari Senai ke Layby Simpang Renggam, Machap ke Yong Peng, Bukit Gambir ke Tangkak dan Jasin ke Ayer Keroh.

“Selain itu, aliran trafik juga perlahan dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Seremban dan ke arah Selatan dari Yong Peng ke Ayer Hitam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan beberapa laluan Smart Lane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik dan perjalanan pengguna lebuh raya terus lancar susulan cuti Aidilfitri kian hampir ke penghujung.

Antaranya laluan di kilometer (km) 107.1 hingga KM112.0 arah Selatan di antara Sungai Petani ke Bertam, KM155.5 hingga KM157.2 arah Selatan dari Banda Cassia ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan KM260.0 hingga KM263.1 arah Utara di antara Port Dickson ke Seremban. – 13 April, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related