Melampau! Ada ibu bapa minta duit raya untuk anak, ‘siap suruh bank in’

Lebih menjengkelkan ada ibu bapa yang sanggup mewakilkan anak meminta duit raya daripada keluarga dan kenalan, termasuk menggunakan Kod QR

8:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tradisi pemberian duit raya sememangnya menjadi amalan dalam kalangan masyarakat di negara ini setiap kali Aidilfitri, tidak kira kepada ibu bapa, ahli keluarga dan kanak-kanak.

Pemberian itu bukan sahaja dianggap sebagai ‘hadiah’ dan menambah kemeriahan hari raya, malah mengeratkan silaturahim.

Bagaimanapun, menurut pandangan pendakwah Ustaz Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir, meminta duit raya adalah dilarang agama dan berdosa kerana hukumnya sedekah.

Namun, segelintir orang seolah-olah menganggapnya sebagai tradisi ‘wajib’ dan diharapkan setiap tahun yang pastinya, menimbulkan perasaan rimas serta sakit hati seseorang, selain mungkin membebankan golongan kurang mampu dari segi kewangan.

Lebih melampau apabila ada segelintir ibu bapa yang ‘mengajar’ anak mereka meminta duit raya daripada keluarga dan kenalan atau sanggup menjadi ‘wakil’ untuk mendapatkannya.

Situasi itu dikongsikan seorang individu di platform X yang geram dan tidak berpuas hati dengan sikap segelintir ibu bapa, termasuk rakannya sendiri kerana mengharapkan duit raya daripada seseorang.

“Rimas dengan kawan-kawan duk (asyik) chat minta duit raya untuk anak. Aku tahulah kerja aku. Stop (berhenti) jual nama anak untuk meminta-minta ni,” katanya.

Malah, lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan ada ibu bapa yang meminta supaya wang raya untuk anak mereka dimasukkan secara dalam talian.

“Jujur ya, siap ada minta bank in lagi duit raya anak-anak dia. Helo you all dah kahwin, beranak-pinak.

“Lepas tu setiap kali raya, you all remind (ingatkan) kawan-kawan you all untuk bagi duit raya kat anak-anak you all, itu ke erti Aidilfitri bagi you all,” soalnya.

Rata-rata netizen turut geram dengan perkongsian pengguna yang dipanggil KakSue itu dan mempersoalkan ‘sikap buruk’ individu yang berbuat demikian.

“Ler, apa teruk benar kawan cikgu ni?” tanya seorang netizen.

“Transfer seringgit je cikgu, biar dia bengang,” kata seorang individu.

“Bagi RM2 dah lah cikgu, lepas ni serik dah diaorang nak minta,” ujar @WnhafizIsmail.

Manakala, segelintir mengingatkan masyarakat tidak menormalisasikan amalan meminta duit raya kerana ia dianggap sikap tidak sopan, terutama secara berdepan, selain mendidik anak untuk tidak membuka sampul wang di depan pemberi untuk menjaga perasaan serta ‘air muka’ individu terbabit.

“Please (tolong) stop meminta-minta duit raya dan don’t expect someone to give you (jangan harapkan seseorang beri anda) duit raya, kalau dia nak bagi, dia bagi, tak payah nak masam muka semata-mata tak dapat duit raya, bukannya kewajipan,” tulis @NajmiFetih.

“Saya harap masa raya nanti ibu bapa jangan normalisasikan budaya meminta-minta duit raya dalam kalangan anak-anak lagi-lagi depan orang ramai, kita tak tahu keadaan dan masalah orang lain, kalau dia bagi ambil, tak bagi jangan tanya-tanya, kurang sopan bagi saya,” kata @Cikgu_Anep.

“Stop (berhenti) normalisasi meminta duit raya, kalau orang tu nak bagi dia akan bagi tanpa ditanya. Kalau kau minta jadi serba salah orang tu kalau tak bagi, walau kau gurau je, ada orang yang akan ambil secara serius,” menurut @Remyizani4.

Ada pula netizen berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi individu atau segelintir ibu bapa yang meminta duit raya daripada mereka.

“Kenapa ya orang minta duit raya macam aku cap duit,” kata seorang individu.

“Aku lagi orang minta lagi tu aku tak beri ataupun aku beri senyap-senyap kepada budak tu, sebab aku paling benci dengan orang yang meminta, tak kisahlah minta apa, minta duit ke minta makan ke, aku tak suka, sebab aku nak duit yang aku beri tu ikhlas dari hati bukan paksaan,” kata seorang pengguna.

“Sejak bila duit raya ni kena meminta-minta,” soal @awinrusli.

Raya tahun ni keras brader, kalau tahun ni orang minta maaf, aku maafkan, tapi kalau orang minta duit raya, aku minta maaf,” kata @rabbaniahmad_.

Sementara itu, ada netizen mempertikaikan cara baharu digunakan sesetengah orang yang mengambil kesempatan dengan kemunculan Kod QR untuk meminta duit raya secara mudah menerusi aplikasi terbabit walaupun tidak bersua muka.

“Yang lagi teruk letak kod QR bank, adoi pening merata-rata kod QR,” komen @farahhanimkassim.

“Nak duit raya, kena la datang rumah, mana ada minta dari jauh,” kata opel_gemini.

“Trend letak kod QR di Instagram Story minta duit raya ni boleh stop tak? Annoying (menjengkelkan) lah,” tegur @peachaxraa. – 12 April, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related