Kenapa Arab Saudi cerap anak bulan awal, sering raikan dulu Aidilfitri dari Malaysia?

Terdapat tiga kaedah diguna pakai bagi penentuan awal bulan hijriah, iaitu Rukyah Hakiki, Hisab Hakiki serta Rukyah dan Hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR)

3:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengumuman bahawa Arab Saudi melakukan cerapan anak bulan dan sering meraikan Aidilfitri lebih awal dari Malaysia, mencetuskan persoalan dalam kalangan segelintir rakyat negara ini.

Justeru, menerusi penjelasan diberikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di video bertajuk ‘Kenapa Malaysia tak ikut Arab Saudi’ dikongsikan di platform X dan maklumat dikeluarkan agensi agama itu, ia merungkai persoalan berkenaan.

Menurutnya, perkara itu disebabkan zon waktu berbeza antara kedua-dua negara dengan Malaysia mendahului masa di Arab Saudi lima jam.

“Perkiraannya menyaksikan ketika jam 12 tengah hari di Arab Saudi, kita (Malaysia) jam 5 petang, bila matahari terbenam di Malaysia, maka kita tak nampak ia sebab apa, sebab ia semakin ke barat, semakin membesar fasa bulan tu sendiri.

“Contoh umur anak bulan ketika matahari terbenam 8 jam (mengikut perkiraan), kita tambah lima jam (perbezaan zon waktu) tadi, jadi maksudnya lima jam kemudian baru anak bulan tu terbenam di Arab Saudi.

“Jadi fasa anak bulan itu bila ditambah umur dia adalah 13 jam, maknanya dah besar, sebab itu dia boleh nampak lebih jelas di Arab Saudi,” katanya.

Manakala, menerusi penerangan diberikan pegawai Jakim seperti dilaporkan BH, terdapat tiga kaedah diguna pakai negara Islam bagi penentuan awal bulan hijriah, iaitu Rukyah Hakiki, Hisab Hakiki serta Rukyah dan Hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR), termasuk 1 Syawal.

Katanya, Arab Saudi tidak menggunakan KIR dan Malaysia mempratikkan Hisab Hakiki.

Pada masa sama ia memaklumkan, Hadis Kuraib diriwayatkan Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud dan Imam Nasai’e mengatakan “Aku melihat anak bulan di Syam pada malam Jumaat, kemudian aku pulang ke Madinah, lalu Ibnu Abbas bertanya kepadaku ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’

“Aku menjawab kami melihat pada malam Jumaat. Ibnu Abbas bertanya lagi adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu? Aku menjawab ya orang lain pun melihatnya dan mereka juga berpuasa. Mu’awiyah turut berpuasa.

“Ibnu Abbas berkata kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa sehingga kami sempurnakan 30 hari Ramadan. Aku bertanya tidakkah memadai bagi kamu dengan anak bulan dilihat Mu’awiyah dan puasanya?”

“Ibnu Abbas menjawab tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami berbuat demikian,” katanya.

Justeru, matlak iaitu keluasan sesuatu tempat yang dapat melihat anak bulan antara Malaysia dan Arab Saudi adalah berbeza kerana jarak kedua-dua negara dianggarkan dalam 7,000 kilometer.

“Jarak masa antara kedua-dua negara ini adalah lebih kurang lima jam, selain perbezaan itu disebabkan kedudukan Arab Saudi berada pada kedudukan lebih barat berbanding Malaysia, menyebabkan peluang untuk anak bulan kelihatan di negara berkenaan adalah lebih tinggi berbanding negara ini.

“Ketika anak bulan dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan anak bulan itu lebih tinggi berbanding di Malaysia, justeru kemungkinan peluang untuk anak bulan dapat dilihat adalah lebih tinggi di Arab Saudi berbanding Malaysia,” katanya.

Ketika anak bulan dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan anak bulan itu lebih tinggi berbanding di Malaysia, justeru kemungkinan peluang untuk anak bulan dapat dilihat adalah lebih tinggi di Arab Saudi berbanding Malaysia – Gambar media sosial, 9 April, 2024

Terdahulu, umat Islam di Arab Saudi akan meraikan 1 Syawal esok, selepas anak bulan sabit yang menentukan tarikh itu tidak kelihatan ketika cerapan dilakukan di negara berkenaan semalam.

Perkara itu diumumkan Mahkamah Agung Arab Saudi, seperti dilaporkan agensi berita rasmi, Saudi Press Agensi menerusi platform X.

“Mahkamah Agung mengisytiharkan esok hari terakhir #Ramadan dan Rabu hari pertama #Aidilfitri,” katanya.

Arab Saudi dijangka menyambut cuti empat hari sempena Aidilfitri.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar turut mengumumkan sambutan Aidilfitri pada hari sama.

Pengumuman dibuat negara berkenaan turut dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kini menunaikan umrah di Makkah.

“Baru diumumkan bahawa 1 Syawal di Makkah dan keseluruhan Arab Saudi jatuh pada Rabu, 10 April, 2024,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, penetapan tarikh berkenaan mencetuskan persoalan dalam kalangan rakyat di Malaysia bilakah negara ini akan meraikan 1 Syawal kerana kebiasaanya ia sehari lewat dari Arab Saudi.

Rata-rata menjangkakan Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Khamis, bukan esok seperti telahan awal.

Tarikh Aidilfitri tahun ini akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 9 April 2024.
Penetapan tarikh itu bergantung kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi di seluruh negara petang ini, sama ada ia dapat dilihat atau sebaliknya. – 9 April, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related