Ejen pemecah belah tiada tempat di Selangor, kata MB Selangor

Keharmonian rakyat tidak boleh diambil ringan dan harus sentiasa dipupuk, dipelihara serta diperjuangkan bagi menjamin kestabilan dan keamanan

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada sesiapa yang harus menyalahgunakan agama untuk kepentingan peribadi ataupun muslihat tertentu yang boleh menggugat keharmonian dalam kalangan warga Selangor.

Justeru titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris itu wajar diambil sebagai pedoman oleh semua pihak merentasi fahaman politik, kata Menteri Datuk Seri Amirudin Shari.

“Baginda menyeru supaya pemimpin-pemimpin politik memainkan peranan menyatupadukan rakyat dan tidak mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan isu-isu yang mampu membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Malah tuanku turut menitikberatkan kepentingan untuk rakyat berbilang bangsa dan agama di Selangor menjauhkan sikap berprasangka buruk dan sebaliknya suburkan sikap toleransi demi mengukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Selangor,’’ katanya.

Amirudin berkata demikian dalam menjunjung kasih titah Sultan Selangor ketika merasmikan Masjid Damansara Perdana, hari ini.

Menurut Amirudin, selaku Menteri Besar yang dipertanggungjawabkan untuk terus memajukan negeri Selangor supaya kekal sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia, beliau akan memberikan komitmen penuh terhadap seruan Sultan Selangor itu.

Jelasnya, sikap kerjasama utuh dalam Gabungan Perpaduan yang mewakili semua warga Selangor akan terus diangkat dan diperkukuh.

“Ejen pemecah belah tiada tempat di Selangor.

“Keharmonian rakyat tidak boleh diambil ringan dan harus sentiasa dipupuk, dipelihara, dan diperjuangkan bagi menjamin kestabilan serta keamanan.

“Ia bukan sahaja untuk hari ini tetapi bagi generasi-generasi akan datang,’’ katanya. – 8 April, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related