Sultan Selangor berbuka puasa, santuni 500 golongan asnaf

Majlis anjuran Yayasan MRCB itu bagi meraikan dan meringankan beban golongan berkenaan terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri

11:18 PM MYT

 

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama 500 golongan asnaf di negeri ini.
      
Baginda turut berkongsi keberkatan Ramadan dengan menyerahkan sendiri sumbangan sampul duit raya kepada penerima sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat berjemaah di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di sini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Yayasan MRCB meraikan golongan asnaf, ibu tunggal dan anak-anak yatim negeri Selangor. – Alif Omar/Scoop, 27 Mac, 2024

Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Datuk Ishak Mohamed berkata, majlis anjuran Yayasan MRCB itu bagi meraikan dan meringankan beban golongan berkenaan terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

“Majlis ini bagi memberi peluang kepada kepada golongan asnaf, anak yatim, anak istimewa dan ibu tunggal di Selangor untuk merasai pengalaman berbuka puasa bersama-sama Tuanku Sultan Selangor, pemimpin dan agensi berkaitan pada Ramadan yang mulia ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa memberi sembah hormat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diperhatikan oleh Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Datuk Imran Salim. – Alif Omar/Scoop, 27 Mac, 2024

“Untuk program ini, Yayasan MRCB mengagihkan bantuan wang tunai kepada 500 orang asnaf.

“Mereka terdiri daripada 300 orang asnaf fakir, miskin, ibu tunggal dari Persatuan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah dan mualaf dari kariah masjid serta sumbangan wang tunai kepada 200 orang anak yatim bagi membantu penerima membuat persiapan awal menyambut kedatangan Syawal ini.

“Harapan Yayasan MRCB supaya sumbangan yang telah disalurkan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung penerima di samping dapat menimbulkan sedikit perasaan kegembiraan kepada mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya ketika berucap pada majlis itu hari ini.

Fahmi dan Salim mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah ke majlis. – Alif Omar/Scoop, 27 Mac, 2024

Turut hadir Menteri Komunikasi Menteri, Fahmi Fadzil serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif MRCB.

Dalam pada itu, Ishak berkata, setakat ini Yayasan MRCB sudah melaksanakan 80 program membabitkan 200,000 penerima bantuan kategori B40. 

“Yayasan ditubuhkan pada 2015 ini memberi fokus membantu membiayai inisiatif program pendidikan, kemiskinan masyarakat, penjagaan kesihatan, pemerkasaan kemahiran kepada kumpulan individu yang mengalami masalah fizikal, program libat urus khas dengan masyarakat Orang Asli dan kelestarian masyarakat.

Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Ishak Mohamed menyampaikan cenderamata daripada Yayasan MRCB kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diperhatikan oleh Mohammad Fahmi, Fahmi dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan). – Alif Omar/Scoop, 27 Mac, 2024

“Yayasan MRCB juga melaksanakan perkongsian strategik dengan pelbagai pertubuhan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakan kongsi tempatan untuk mewujudkan impak dalam usaha membantu kumpulan sasar ini.

“Selain itu, Yayasan MRCB terbabit dalam membantu menyumbang peralatan perlindungan peribadi, makanan dan keperluan khas kepada petugas barisan hadapan seluruh negara semasa penularan Covid-19,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related