Apad siasat kemalangan treler rempuh 11 kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang

Agensi itu tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Siasatan awal dan terperinci membabitkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan sebuah treler merempuh 11 kenderaan lain di Kilometer 11.1, Lebuhraya Pasir Gudang, baru-baru ini.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataannya berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil tindakan awal dengan menjalankan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan JPJ (JISA), termasuk semakan saman pernah dikeluarkan kepada pemandu atau syarikat lori treler terbabit.

Katanya, JPJ juga bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Dirajan Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan laporan siasatan kemalangan.

“Apad juga sedang bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk mendapatkan laporan teknikal siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan, dengan hasil laporan terbabit dijangka diperolehi dalam masa terdekat.

“Apad memandang serius insiden kemalangan itu dan berdasarkan siasatan awal, PDRM mendapati ia berlaku apabila lori treler dipandu seorang lelaki warga tempatan dari arah Perling menghala ke Pasir Gudang, terbabas selepas mengelak sebuah motokar yang mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kanan dalam laluan lori treler berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Apad juga dalam tindakan mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) kepada pengendali berlesen yang terbabit, selepas mendapatkan Laporan Audit Keselamatan dan Pemeriksaan JPJ (JISA) serta Laporan Pemeriksaan Kenderaan Selepas Kemalangan PUSPAKOM, bagi mendapatkan kesahihan kes kemalangan.

Pada masa sama, Apad tetap dengan pendirian tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya, sehingga membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, agensi itu mengingatkan mana-mana syarikat untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dalam memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya lain.

“Pengendali dan pemandu perlu sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan semasa beroperasi, terutama perkara membabitkan hal keselamatan jalan raya,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan, kejadian kelmarin itu yang tular di media sosial dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pemandu kereta menukar laluan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Raub Selamat berkata, pemandu kereta jenis Mercedes Benz hitam dari arah Perling dipandu lelaki tempatan berusia 20-an itu, dikatakan menukar haluan dari lorong tengah ke kanan hingga menyebabkan pemandu sebuah treler tidak dapat mengelak dan melanggar kenderaan berkenaan.

Ujarnya, kejadian pada kira-kira jam 4.20 petang itu membabitkan sebuah treler, tiga lori dan lapan kereta.

“Kemudian, treler itu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar 10 kenderaan yang sedang dalam keadaan berhenti,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan tiga pemandu, masing-masing dua wanita dan tiga lelaki tempatan berumur antara 20-an hingga 60-an cedera ringan, dengan mengalami luka di muka dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kejadian terbabit agar tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Kelly Lee Yek di talian 014-6977122,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

[UPDATED] Better to die than tolerate insults to Islam, says Akmal after floor mats with Kaaba image seized in Johor

Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh, on the heels of floor mats with images of the Kaaba, said it is time for political leaders to set aside their differences to strengthen the ummah (the people).

Federal Constitution’s Ninth Schedule amendments must involve all states – Wilfred Madius Tangau

HAVING attended several forums on the Federal Constitution and the Malaysia Agreement 1963 during the week at the national capital Kuala Lumpur, my understanding and appreciation for the concern of many Malay-Muslims in the peninsula regarding the Federal Court’s decision on the Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid case, which nullifies, and their demand for the Federal Constitution to be amended to offset the effect of the Federal Court’s verdict have been further enriched.

Related