PAC panggil 3 bekas pengurusan tertinggi LTAT hadir prosiding selepas Aidilfitri

Prosiding isu Pembangunan dan Perolehan NIISe juga akan bermula 20 Jun depan

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tiga bekas pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk menghadiri prosiding yang bermula pada 20 Jun depan.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tiga individu terbabit adalah bekas Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan bekas Pengarah Kanan Strategi, Dayana Rogayah Omar.

“Sebanyak dua prosiding baharu akan dimulakan selepas sambutan Aidilfitri iaitu isu LTAT yang akan dilaksanakan berdasarkan Peraturan Mesyuarat (PM) 77(1)(c) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR) dan isu Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang akan dijalankan berdasarkan PM 77(1)(d) PPMMDR,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada 7 Mac lalu, PAC berkata, pihaknya akan memanggil tiga bekas pengurusan LTAT bagi memberi penjelasan berhubung pendedahan rizab kewangan agensi itu yang negatif seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentang pada 6 Mac lalu.

Malah, PAC tidak menolak untuk memanggil Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memandangkan isu itu amat kritikal membabitkan 122,935 pencarum, yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, bagi isu Pembangunan dan Perolehan NIISe, PAC akan memulakan prosiding tersebut dengan memanggil saksi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Katanya, saksi-saksi lain adalah Cybersecurity, vendor berkaitan dengan sistem ini termasuk Sistem Keselamatan Imigresen Nasional Negara (SKIN).

“Tarikh mula prosiding berhubung isu ini akan ditetapkan kemudian dan Terma Rujukan (TOR) akan diserahkan kepada KDN dan JIM sebagai persediaan untuk menyediakan maklumat berkaitan.

“PAC memutuskan untuk memulakan prosiding ini berikutan jawatankuasa tersebut terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan membayar sejumlah RM231.5 juta kepada sebuah syarikat atas penamatan kontrak bagi projek SKIN yang kini dikenali sebagai NIIse,” katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, PAC bimbang kerana kebanyakan isu disiasat oleh jawatankuasa berkenaan masih mempunyai elemen meragukan.

Katanya, ia termasuklah proses pembangunan sesuatu projek dimulakan terlebih dahulu walaupun kontrak masih belum dimuktamadkan, kelewatan pelaksanaan projek berpunca daripada pemilihan kontraktor yang tidak cekap dan kelemahan dalam memantau pengurusan projek.

“Bagaimanapun, PAC berpendapat tindakan korektif yang diambil oleh pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala isu berbangkit seharusnya dipuji.

“Namun, lebih elok jika kesemua projek dilaksanakan secara teratur tanpa sebarang masalah agar rakyat dapat menikmati manfaatnya,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Explosions in The Sky set to ignite Malaysia with enigmatic ‘End’ tour

Texas-based instrumental rock icons Explosions in The Sky are gearing up to mesmerise audiences at Jiospace Odeum on February 29, marking their second solo concert in the country after a hiatus of almost 16 years since their first appearance in 2008.

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related