Sanusi hentilah main politik, gaji kakitangan Kedah Agro kena bayar juga: Shaiful Hazizy

Sanusi didakwa enggan mengambil tanggungjawab itu kerana tidak mahu dilihat lemah dalam pentadbirannya sehingga sanggup tidak membayar gaji kakitangan Kedah Agro

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta untuk berhenti mencaci, memaki hamun dan bermain politik, sebaliknya segera membayar gaji 24 kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro) yang tertunggak sejak September tahun lalu.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya kesal apabila Menteri Besar itu menggelar kakitangan Kedah Agro sebagai lintah kerana didakwa mengambil dana Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Terkejut. Itu yang boleh saya katakan dengan kenyataan Sanusi yang mengatakan dia tidak akan bayar langsung gaji pekerja Kedah Agro. Lebih teruk, dia siap kata pekerja Kedah Agro tidak buat kerja, hanya jadi lintah.

“Siap yakin kata, saya nak jaga 2.2 juta rakyat, bukan nak jaga perut 24 orang pekerja Kedah Agro sahaja. Logik akal, 24 pun tak pandai jaga ada hati hendak jaga 2.2 juta rakyat?

“Pesan saya kepada Sanusi, berhentilah main politik, sebab di akhirnya, hendak tidak hendak dia kena bayar juga gaji pekerja Kedah Agro sebab Kedah Agro adalah di bawah MBI, dan MBI bawah Sanusi.

“Oleh yang demikian, berhenti main wayang, hentikanlah caci maki, bayarlah gaji, kemudian buat penstrukturan yang perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shaiful Hazizy mendakwa, Sanusi dilihat enggan mengambil tanggungjawab itu kerana tidak mahu dilihat lemah dalam pentadbirannya sehingga sanggup tidak membayar gaji kakitangan Kedah Agro.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan menutup Kedah Agro ketika Sanusi mula menjadi Menteri Besar, sekiranya mendapati syarikat itu mengalami kerugian berterusan.

“Saya kekal berpendirian, kerugian Kedah Agro dan beberapa anak syarikat kerajaan negeri lain bermula pada zaman pentadbiran Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak).

“Penubuhan beberapa syarikat berkait kerajaan (GLC) yang hidup segan mati tak mahu pun di zaman Ustaz Azizan, zaman itu juga balak di tebang dengan rakus, faktanya PAS hanya pandai menunggang tapi tak boleh diharap jaga ekonomi dan menjana pendapatan.

“Kenapa selepas empat tahun Sanusi menjadi MB, baru tak nak bayar gaji pekerja semenjak September 2023? Kenapa baru hendak tutup sekarang? Kenapa tiba-tiba emosi dengan 24 pekerja yang menjadi mangsa ini? Kenapa tiada tindakan atau penstrukturan terhadap syarikat? Baru tahu? Sebelum ini buat apa?” soalnya.

Beliau turut meminta Sanusi tidak menggunakan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai kerugian Kedah Agro bagi mengelak membayar tunggakan gaji segera.

“Isu sebenarnya adalah kegagalan Menteri Besar yang juga pengerusi melunaskan tunggakan gaji. Jangan ubah tiang gol. Jangan terus-menerus ‘menunggang’ laporan LKAN dan lari daripada kegagalan sebenarnya, ataupun jangan buat-buat garang sebab nak cover (lindung) silap,” katanya.

Sebelum ini Sanusi menegaskan kerajaan negeri tidak akan membayar tunggakan gaji 24 kakitangan Kedah Agro sebaliknya syarikat itu boleh memohon untuk membuat pinjaman.

Bagaimanapun kata Menteri Besar Kedah itu, pinjaman kepada kerajaan negeri tidak akan diberikan dengan mudah dengan beberapa perkara akan diteliti termasuk bagaimana dan bila bayaran balik akan dibuat. – 26 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

MACC serves Mokhzani Mahathir with asset declaration notice

MACC Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki, when contacted by Scoop, confirmed that the commission had summoned the individual and that the investigation was being conducted under the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorist Financing and Proceeds of Unlawful Activities (AMLATFPUAA) Act 2001. 

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related