Hina Islam kesalahan besar, bertentangan perundangan negara: PKR

Perbuatan seumpama itu hanya akan merobek keutuhan harmoni dan mahabbah yang menjadi tonggak kehidupan bersama aman damai rakyat Malaysia

10:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menegaskan sebarang usaha penghinaan terhadap kesucian Islam, termasuk membabitkan isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart, adalah kesalahan besar dan bertentangan dengan perundangan negara.

Justeru, MPP PKR mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seumpama itu dan meminta pihak berwajib menjalankan siasatan, selain mengenakan hukuman ke atas pelakunya jika terbukti bersalah.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, pendirian itu dinyatakan parti berkenaan pada Mesyuarat MPP hari ini.

Menurutnya, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan beberapa perkara terkait perkembangan terkini parti dan isu nasional, termasuk kes stoking yang tertera nama Allah.

Beliau berkata, MPP juga berpendapat penghinaan terhadap mana-mana agama seumpamanya juga adalah satu kesalahan dan menyalahi undang-undang.

“Perbuatan seumpama itu hanya akan merobek keutuhan harmoni dan mahabbah yang menjadi tonggak kehidupan bersama aman damai rakyat Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, dalam pada siasatan dijalankan polis, MPP PKR berpendapat adalah tidak wajar mana-mana pihak menangguk di air keruh dan merosakkan lagi keadaan.

“Segala tindakan kita harus berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan dan bukannya berdasarkan emosi dan amarah tanpa kawalan hukum perundangan.

“MPP meminta agar semua pihak menjaga kesucian Ramadan mulia ini dan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu sempadan wajib dielakkan daripada berlaku di masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, mesyuarat berkenaan meluluskan penganjuran Konvensyen Khas 25 Tahun PKR yang akan diadakan pada 28 April depan bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

“Konvensyen akan memberi tumpuan kepada perancangan dan perkongsian hala tuju parti.

“Mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan Malam Sambutan 25 Tahun PKR pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot sepanjang hari, dengan acara kemuncaknya Ucapan Amanat Presiden pada sebelah malam,” katanya. – 24 Mac, 2024

Topics

Hangat

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Related