Kalau RM4.70 saja boleh?: Penumpang cari helah bayar penuh tambang e-hailing, ini tindakan pemandu…

Difahamkan, ia bukan kes pertama membabitkan penumpang sama dan sudah menjadi perbualan dalam kalangan pemandu e-hailing

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang wanita menipu pemandu e-hailing sebagai helah untuk tidak membayar tambang penuh, mendapat perhatian warga maya dengan rata-rata mengecam tindakan itu.

Lebih membuatkan mereka geram apabila perbualan antara pemandu dan penumpang itu yang dipaparkan menerusi video, mendedahkan ia bukan kes pertama dilakukan wanita berkenaan.

Wanita itu dikatakan sudah berulang kali melakukan tindakan berkenaan terhadap beberapa pemandu, sehingga modus operandinya sudah diketahuinya mereka.

Menerusi video berkenaan, awalnya wanita itu mendapatkan perkhidmatan e-hailing dengan memilih kaedah bayaran tunai.

Sebaik menaiki kenderaan itu, kedengaran dia bertanyakan berapa jumlah tambang perlu dibayar untuk ke destinasi ingin ditujunya.

“RM11,” jawab pemandu itu sebelum wanita terbabit bertanya sama ada dia boleh membayar menggunakan kaedah pembayaran dalam talian, Touch n Go (TnG).

Pemandu itu kemudian mengiakannya dan memberi nombor telefon untuk membolehkan penumpang terbabit memindahkan jumlah bayaran penuh.

Namun, wanita itu kemudian memaklumkan, nilai baki TnG miliknya tidak mencukupi untuk membayar jumlah ditetapkan.

“Saya punya TnG ada RM4.70 sahaja, kalau (bayar) RM4.70 boleh?” soalnya.

Mendengar kata-kata wanita itu, pemandu terbabit terus memaklumkan dia akan memandu ke arah balai polis berhampiran.

“Saya bukan tak kenal awak, awak sudah famous (dikenali), semua sama punya style (stail), semua driver (pemandu) sudah tahu, saya pun bukan first time (pertama kali) bawa awak, balai polis dekat saja, tak ada hal, mahu bayar ke tak mahu bayar,” tanya pemandu itu.

“Saya bukan cakap tak ada, saya mahu bayar, saya bayar TnG, awak tunggu saya hubungi kawan transfer,” balas wanita terbabit.

Wanita itu turut meminta pemandu berkenaan berhenti di tepi jalan sebentar sementara menunggu rakannya memindahkan wang ke akaunnya.

“Dulu awak ada hantar saya?” tanya wanita itu.

“Aa banyak kali lah,” jawab pemandu berkenaan.

Malah, pemandu lelaki itu juga bertanya mengapa wanita berkenaan gemar menipu mengenai bayaran e-hailing dan turut menasihatkannya.

“Kenapa awak suka tipu orang ini macam, tak bagus, tengok awak punya gambar di Facebook sudah banyak, video pun ada,” katanya.

Tidak menjawab persoalan itu, wanita terbabit hanya bertanya sama ada dia boleh membayar menggunakan kod QR dan kemudian mahu mengimbas kod berkenaan.

Melalui tinjauan di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi, selain ada yang berpuas hati dengan tindakan pemandu terbabit ‘mengkantoikan’ wanita itu.

“Bagus pemandu macam tu. Walaupun viral penumpang kaki scam tapi masih ada budi bicara, sebab aku rasa penumpang tu pun mcm ting tong, fikiran logik jarang orang normal berani tipu macam tu,” kata netizen.

“Kalau aku ni dah sampai balai tu dia bayar aku tinggal je dia kat situ. Pandailah kau cari grab lain balik,” tulis seorang pengguna.

“Tengoklah dulu baki akaun ada berapa, main book (tempah) je…” ujar seorang individu.

“Ingat driver tu semua tak ada anak bini atau keluarga di rumah nak makan ke?” kata seorang netizen meluah geram. – 24 Mac, 2024

Topics

Hangat

Kuala Kubu Baharu: Pekan Rasa residents still unsure of PN’s Khairul after visit

Despite positive personal interactions, locals of the PH dominated area have not made any firm conclusions on the candidate.

KK Mart, directors, to file representation letter to AGC

Defendants yet to decide if they would request that charges be dropped, amended

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related