Tak adil untuk boikot semua kedai bukan Islam hanya kerana KK Mart: Akmal

Isu ini tidak melibatkan perniagaan bukan Islam tetapi memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menghina atau mempersendakan Islam

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno tidak terlibat dalam gesaan untuk memboikot semua perniagaan bukan Islam susulan kontroversi melibatkan stoking tertera Kalimah Allah kedai serbaneka KK Mart.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tatkala sayap parti Umno itu tegas dengan keputusan memboikot rangkaian kedai KK Mart, namun untuk menggesa tindakan sama diambil ke atas perniagaan bukan Islam yang lain adalah sesuatu yang tidak adil.

“Kami (Pemuda Umno) tidak bersetuju dengan cadangan semua perniagaan yang dimiliki oleh bukan Islam diboikot, ia tidak adil kepada peniaga yang tidak melakukan apa apa kesalahan.

“Isu ini tidak melibatkan perniagaan bukan Islam, tetapi bagi memberikan peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menghina atau mempersendakan Islam,” katanya ketika dihubungi.

Akmal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa seruan untuk memboikot perniagaan semua orang bukan Islam adalah keterlaluan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Wan Salim berkata, bukan semua orang bukan Islam mengkhianati umat Islam dan menghukum mereka sebagai musuh atau pengkhianat adalah sesuatu yang zalim.

Sejak isu penjualan stoking tertera Kalimah Allah oleh KK Mart, Pemuda Umno berulang kali melaungkan gesaan boikot ke atas rangkaian kedai berkenaan di seluruh negara.

Ia bagi mempertahankan kesucian agama Islam agar tidak dipersendakan oleh mana-mana pihak.

Penjualan stoking tertera Kalimah Allah mencetuskan kemarahan ramai sejak isu tersebut dibangkitkan minggu lalu.

Malah menerusi klip video yang tular di media sosial, terdapat sekumpulan individu yang melakukan protes di beberapa lokasi kedai serbaneka tersebut.

Minggu lalu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai menerusi sidang media, memohon maaf berhubung isu terbabit.

Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza.

Namun meskipun KK Chai memohon maaf, polis tetap meneruskan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – 24 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related