Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri, kata Na’im

Undang-undang syariah yang hanya terpakai untuk pesalah beragama Islam sedang diperkasa menerusi pindaan akta tersebut

8:52 AM MYT

 

KLANG – Kerajaan telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama negeri-negeri berhubung penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang antara lain melibatkan peningkatan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.

“Dalam konteks sekarang mahkamah syariah hanya diberi bidang kuasa di bawah jenayah, boleh mengenakan hukuman yang maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

“… maknanya undang-undang sedia ada melibatkan kesalahan jenayah syariah seperti menghina agama umpamanya mahkamah tidak boleh mengenakan hukuman lebih dari itu, jadi saya sebagai menteri, kita sedang usahakan untuk menyemak semula akta yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984 ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Iftar Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mencadangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi Umno supaya membawa usul meningkatkan hukuman terhadap individu yang menghina agama untuk dibentangkan di Parlimen.

Mohd Na’im berkata, undang-undang syariah yang hanya terpakai untuk pesalah beragama Islam sedang diperkasa menerusi pindaan akta itu dan akan dibentangkan usai proses diperlukan.

“Jika ada urusan berkaitan penghinaan agama Islam oleh orang bukan Islam ia terletak di bawah bidang kuasa polis, pendakwaan dan mahkamah sivil.

“(Bagi orang Islam pula) Apa yang disebut oleh Dr Akmal Saleh itu boleh berlaku sekiranya Akta 1965 nanti kita pinda, kemudian barulah negeri-negeri boleh buat pindaan pada enakmen dan akta jenayah syariah masing-masing untuk meningkatkan bidang kuasa hukuman, termasuklah bagi pesalah-pesalah yang menghina agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, seramai 14,000 pelajar asnaf dan anak yatim di seluruh negara bakal menerima sumbangan bantuan persekolahan RM252.80 menerusi program Jom Ke Sekolah (JKS) 2024 Yayasan Taqwa-MAIWP berjumlah RM2.1 juta.

Beliau berkata, sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai itu bertujuan memberi semangat, kelegaan dan keceriaan selain mengurangkan beban ibu bapa bagi menghadapi musim persekolahan ini. – 24 Mac, 2024

Topics

Hangat

Federal Constitution’s Ninth Schedule amendments must involve all states – Wilfred Madius Tangau

HAVING attended several forums on the Federal Constitution and the Malaysia Agreement 1963 during the week at the national capital Kuala Lumpur, my understanding and appreciation for the concern of many Malay-Muslims in the peninsula regarding the Federal Court’s decision on the Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid case, which nullifies, and their demand for the Federal Constitution to be amended to offset the effect of the Federal Court’s verdict have been further enriched.

Gara-gara nak elak kesesakan, pengguna kenderaan selamba ‘U-turn’ di Raub ByPass

Umum mengetahui, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang menjadi pintu masuk ke Pantai Timur mula dipenuhi kenderaan sejak semalam kerana ramai beransur pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri

Lebih baik mati sahaja! Akmal tegur pihak tidak sedar Islam dihina

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa umat Islam untuk bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi politik ketika agama Islam terus dijadikan bahan penghinaan.

Related