Dua maut, empat cedera konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh lori

Pemandu lori kontena direman tiga hari bagi membantu siasatan, namun hasil ujian air kencing dan alkohol yang dijalankan didapati negatif

6:37 PM MYT

 

BATU PAHAT — Dua lelaki warga Singapura maut manakala empat lagi cedera parah selepas kumpulan konvoi bermotosikal mereka dirempuh sebuah lori kontena di lorong kecemasan di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara antara Yong Peng-Pagoh di sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata akibat kemalangan itu, Mohamad Firman Nordin, 26, dan Mohammad Shahfiq Irman, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk bedah siasat. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan tujuh motosikal dan sebuah lori kontena itu pada kira-kira 3 pagi. 

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika konvoi bermotosikal disertai lapan lelaki itu dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Pagoh, Muar untuk bersahur, sebelum tayar motosikal seorang daripada mereka pancit dan dia kemudiannya berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng. 

“Menyedari hal itu, tujuh orang daripada mereka (yang berada) di hadapan telah memberhentikan motosikal dan menunggu di lorong kecemasan, sebelum dirempuh lori kontena dari arah sama yang hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ismail berkata empat lelaki yang cedera parah telah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. 

“Bagaimanapun, pemandu lori berusia 33 tahun bersama-sama kelindan yang berusia 29 tahun itu serta seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Pemandu lori kontena yang berasal dari Kedah itu direman tiga hari bagi membantu siasatan, namun hasil ujian air kencing dan alkohol yang dijalankan didapati negatif,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

Hangat

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Related