Pengarah syarikat gagal tampil beri keterangan selepas dakwa RM500,000 milik mereka: Polis

Kata polis, sehingga kini, hanya ada satu laporan diterima pada jam 11.30 malam Khamis lalu yang mendakwa duit tersebut adalah duit perniagaan

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah sebuah syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 yang ditemui di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah di Damansara Rabu lalu, masih belum tampil memberi keterangan.

Bercakap kepada Scoop. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, wang berkenaan masih belum dituntut berikutan pengarah syarikat terbabit yang berusia lewat 40-an gagal hadir ke Balai Polis Damansara biarpun sebelum ini mendakwa wang dalam bagasi itu milik mereka.

“Sehingga kini, hanya ada satu laporan diterima pada jam 11.30 malam Khamis lalu yang mendakwa duit tersebut adalah duit perniagaan.

“Ketua Balai Polis Damansara sudah memanggil pengadu hadir untuk memberi keterangan namun gagal hadir dengan memberi pelbagai alasan seperti menghadiri mesyuarat dan sakit.

“Justeru setakat ini tiada perkembangan baharu siasatan kes itu,” katanya.

Pada Rabu lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat letak kenderaan di premis berkenaan berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Beberapa jam selepas sidang media mengenai penemuan wang itu pada Khamis, polis mengesahkan menerima laporan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai itu milik mereka.

Sementara itu pengawal keselamatan yang menemui wang terbabit menerima penghargaan daripada majikannya, A5 Security Service.

Sherpa Dawa, 39, warga Nepal menerima anugerah berkenaan atas kejujurannya memulangkan wang dalam bagasi berkenaan.

Majlis ringkas pemberian anugerah itu dikongsi menerusi Facebook rasmi syarikat tersebut semalam.

“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa pegawai keselamatan kami yang berdedikasi, Dawa telah diiktiraf dan diberi penghormatan atas integriti dan kejujurannya yang luar biasa.

“Komitmen yang tidak berbelah bahagi Dawa terhadap tugasnya dan kejujuran yang luar biasa.

“Baru-baru ini, dia menemui beg berisi wang yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan segera melaporkannya, menunjukkan rasa tanggungjawab dan integriti yang sebenar.

“Tindakannya menunjukkan nilai yang kami pegang dan piawaian tinggi terhadap reputasi kami,” kata syarikat keselamatan itu. — 23 Mac, 2024

Topics

Hangat

Kuala Kubu Baharu: Pekan Rasa residents still unsure of PN’s Khairul after visit

Despite positive personal interactions, locals of the PH dominated area have not made any firm conclusions on the candidate.

KK Mart, directors, to file representation letter to AGC

Defendants yet to decide if they would request that charges be dropped, amended

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related