Jika nak solat tarawih dalam kelompok sendiri, lebih baik solat di rumah: Bekas mufti

Keadaan saf wanita yang lompong dan banyak ruang kosong di sebuah masjid sebagaimana tular di media sosial menunjukkan saf itu tidak sempurna

11:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jemaah wanita yang enggan merapatkan saf secara sempurna dan mengikuti solat tarawih dalam kelompok sendiri, dinasihatkan supaya menunaikan ibadah itu di rumah.

Bercakap kepada Scoop, bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, keadaan saf wanita yang lompong dan banyak ruang kosong di sebuah masjid sebagaimana dalam gambar tular, menunjukkan saf itu tidak sempurna.

Jelasnya, saf yang sempurna ialah lurus penuh, tiada berkelompok dan renggang jarak antara satu sama lain.

“Mesti lurus. Ini kerana solat sunat tarawih adalah sunat untuk berjemaah.

“Namun jika berkelompok, ia tidak mengambil hikmah tujuan berjemaah untuk mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, saf dalam solat itu juga bertujuan menjalinkan ukhuwah, maka jemaah yang tidak mahu merapatkannya boleh dilihat seperti ada masalah hati.

“Jadi, sekiranya jemaah wanita enggan merapatkan saf sempurna, lebih baik mereka solat di rumah,” katanya.

Terdahulu, tular gambar di Facebook yang memaparkan keadaan saf wanita yang lompong dan banyak ruang kosong di antara satu sama lain di sebuah masjid.

Bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, keadaan saf wanita yang lompong dan banyak ruang kosong di sebuah masjid sebagaimana dalam gambar tular menunjukkan saf itu tidak sempurna. – Gambar media sosial, 22 Mac, 2024

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan jemaah wanita yang mendakwa keadaan itu sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Amalan ini dari dulu lagi. Kadang-kadang makcik-makcik ini jenis malas nak bergerak. Dia harapkan orang lain bergerak ke depan, penuhkan saf. Akhirnya begitulah keadaan safnya (lompong),” kata Ana Ika.

“Dari kecil sekolah rendah sampai sekarang pergi mana-mana surau atau masjid terutamanya di bulan puasa, bahagian muslimat selalu sangat ada saf lompong. Bila panggil rapatkan saf keras membatu. Bila nak tegur pula serba salah sebab kebanyakannya lebih tua dari kita,” kata Nur Shuhada.

Sementara itu, pempengaruh media sosial, Zamir Mohyedin menerusi perkongsian di Facebook berkongsi alasan diberikan isterinya berhubung situasi tersebut.

Menurutnya, ingin duduk sekali dengan ‘geng’ dan malas bangun untuk pindah kerana perlu angkat beg serta sejadah antara alasan diberikan jemaah wanita sehingga ada saf solat terputus dan berlompong.

Malah, ada dalam kalangan jemaah siap ‘cop’ tempat untuk rakan-rakan mereka selain sering membawa sejadah sendiri.

“Selepas ini tak payahlah bawa sejadah. Tikar masjid itu bersih dan selesa dah nak buat solat. Sebab depa (mereka) bawa sejadah, jadi rapatkan saf maknanya rapatkan sejadah. Bukan rapatkan bahu.

“(Ada) Nak duduk sekali dengan geng dia. Siap cop tempat. Kalau orang lain ambil tempat itu, dia kena tegur ‘kat sini dah ada orang’. Dah macam kedai makan,” katanya. – 22 Mac, 2024

Topics

Hangat

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Related