Satu atau berpuluh-puluh laporan polis, semua kita layan: Ketua Polis Negara

Jika banyak laporan diterima ia menunjukkan ramai tidak berpuas hati terhadap sesuatu isu seperti dalam kes stoking tertera kalimah Allah

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesuatu laporan polis yang dibuat melibatkan individu atau ramai pihak sedikit pun tidak mengganggu tugas polis biarpun isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan adalah sama.

Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Scoop sambil merujuk kepada laporan polis diterima pihaknya membabitkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart, baru-baru ini.

Namun katanya, biarpun berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus laporan polis diterima, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya membuka satu atau dua kertas siasatan melibatkan isu yang sama itu.

“Benda yang sama, seperti kes penjualan stoking itu, kita terima banyak laporan, kita hanya buka satu atau dua kertas siasatan. Kita kena faham sistem, tak mengganggu pun (tugas polis).

“Pihak polis kena ambil kenyataan mereka yang tak berpuas hati itu. Kadang-kadang satu (laporan polis) tidak menggambarkan apa-apa.

“Kita ambil kembali contoh penjualan stoking itu, kalau seorang sahaja yang buat laporan polis, maknanya seorang sahaja yang tak puas hati tetapi kalau banyak laporan polis diterima, ia menggambarkan betapa ramai, khususnya umat Islam, tak mengira apa bangsa sekalipun, menunjukkan ketidakpuasan hati mereka,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberikan maklum balas mengenai pendapat awam yang melihat apa keperluan kepada ramai pihak membuat laporan polis terhadap isu sama.

Ia sekali gus menampakkan seolah-olah merugikan masa polis melayan isu yang sama, yang sepatutnya cukup satu pihak sahaja hadir membuat laporan polis.

Malah pendapat awam juga melihat ada ketikanya laporan polis yang dibuat itu hanya untuk kepentingan politik sesuatu pihak semata-mata.

Razarudin berkata, sesiapa sahaja yang membuat laporan polis, ia adalah tanggungjawab PDRM untuk mengambilnya.

Terdahulu dalam sidang medianya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Katanya, siasatan itu melibatkan pihak kedai serbaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan vendornya iaitu sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading di Johor.

“Setakat ini 143 laporan (mengenai kes itu) diterima dan 174 saksi telah diambil keterangan termasuk kakitangan serta pemandu lori kedai serbaneka itu, selain 14 pasang stoking yang tertulis kalimah Allah telah dirampas,” katanya. – 22 Mac, 2024

Topics

Hangat

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related