Didakwa tunggang isu KK Mart, terpaling hero, ‘salah ke buat kempen boikot?’: Dr Akmal

Mengenai gesaan beliau patut mencadangkan akta diperketat, Dr Akmal berkata, sebagai Adun cadangan itu memang sudah diusul pihaknya tetapi ia hanya boleh digubal di Parlimen

1:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Mohamad Akmal Saleh menegaskan, beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi ‘hero’, dipuji atau dipandang hebat dalam perjuangannya yang menggesa KK Mart diboikot berhubung isu kedai serbaneka itu menjual stoking tertera kalimah Allah.

Beliau berkata, kempen boikot diperjuangkannya itu hanya untuk melihat maruah dan kesucian Islam dipelihara.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu mempersoalkan, adakah menjadi kesalahan apabila beliau menganjurkan kempen boikot terbabit yang menyedarkan umat Islam untuk memberikan tekanan keras, sebagai pengajaran kepada mereka yang menghina agama islam.

“Macam mana lah umat Islam tidak dipandang rendah apabila kita tidak mampu untuk Bersatu, walaupun di saat agama dihina kerana perasaan iri hati yang mahu melihat dia lebih baik dari semua orang ataupun dalam bahasa mudah dia sahaja terpaling baik.

“Bila kita membantah di peringkat awal walaupun ketika itu semua senyap sahaja tetapi kita tetap bantah walaupun diasak kiri dan kanan, kita teruskan untuk membuat laporan polis seluruh Malaysia yang akhirnya berjaya membuka mata rakyat untuk bersama-sama dalam isu ini.

“Bila kita lancarkan boikot kita pula dituduh terpaling hero. Salah ke saya untuk buat kempen boikot? Salah ke saya cuba memberi peringatan pentingnya kita perlu jayakan boikot ini setiap hari?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Akmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan seorang individu di media sosial yang menganggap kempen boikot KK Mart dibuat pemimpin muda itu, sekadar ‘terpaling hero’ dan sibuk menunggang agama menerusi isu berkenaan.

Individu terbabit juga mendakwa, Dr Akmal hanya sibuk melaungkan kempen memboikot, tetapi tidak menggunakan kuasanya sebagai wakil rakyat untuk mencadangkan supaya undang-undang berkaitan penghinaan terhadap Islam tidak digubal.

Pada masa sama, Dr Akmal berkata, tindakan memboikot digesanya itu adalah sama dengan kempen boikot barangan Israel dibuat pemimpin lain sebelum ini.

“Ke kempen boikot ini hanya boleh dibuat pihak kamu baru dianggap betul dan bukan terpaling hero?” soalnya.

Mengulas mengenai dakwaan beliau tidak mencadangkan untuk mengubal undang-undang, Dr Akmal berkata, perkara itu diutarakannya selepas laporan polis dibuat pada hari pertama, dengan meminta kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan.

“Kita juga mencadangkan agar akta ini boleh digubal untuk hukuman lebih berat, tetapi saya ini adalah Adun, penggubalan undang-undang di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Tetapi syukur dengan adanya kempen boikot dan tekanan di peringkat awal kami lakukan ini, membuatkan ahli parlimen di dalam dewan sedar isu ini perlu diatasi dengan lebih serius,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Akmal berkata, isu dilihatnya kini bukan siapa terpaling juara dan bagus, sebaliknya beliau hanya mahukan maruah serta kesucian Islam dipelihara seperti berulang kali dikatakannya.

“Jika kamu nak mengatakan saya acah hero atau terpaling hero dan kamu tidak suka, saya minta maaf dan jika kamu nak dikatakan paling bagus dan terpaling cakna sekali ambillah.

“Yang penting bagi saya, agama Islam saya tetap akan saya pertahankan dengan nyawa saya. Ini bukan soal siapa dapat keuntungan politik, ini soal bagaimana kita mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam, terutama ketika agama kita dihina,” katanya.

Menerusi hantarannya itu, Dr Akmal turut meminta pihak yang tidak suka dengar pendekatan dilakukannya supaya jangan mengganggu beliau untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan dengan melemparkan tuduhan tidak elok.

“Husnuzon kan lebih baik. Lupakanlah perbezaan warna politik ketika kita bersama mempertahankan agama Islam, bangsa dan tanah air kita,” katanya. – 21 Mac, 2024

Topics

Hangat

Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Petrol pain coming for Malaysia’s elderly – Sharon Koh, Juliana French, Jeff Wang and Tracey Danaher

Country ageing faster than many nations while living costs increase

Unity efforts deserve more allocation than Jakim, says Tun Dr Ismail’s son

Unity Ministry needs more funding given its importance to broader population, says Tawfik Ismail

Related